BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Cherry ~ Blossom
Blog
Me
Taggboard
Past
Links
<$BlogDateHeaderDate$>
<$BlogItemTitle$> @ <$BlogItemDateTime$>

<$BlogItemBody$>
> <$BlogItemCommentCount$> Cherry

~AbOuT Me~...

Sunday, September 20, 2009

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring. Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect. Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu. Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan. Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.“Mama, abang minta maaf … Abang tak akan ulang lagi.” Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat. Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang. Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana. “Abang … mari sini!!” Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya. Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar. Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku … Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.“Ya Allah … tolonglah selamatkan anakku ini.” Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.“Ya Allah … aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini … Ya Allah selamatkanlah anakku ini. ”Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.
Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.
“Mama maafkan abang …” Ungkapannya sukar … tersekat-sekat kerana kesakitan itu.
“… Abang janji tak akan buat lagi.”
Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.
Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.
“Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku …”
“Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini …”
Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.
Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.
“Puan, maafkan … Kami telah cuba melakukan yang terbaik.” Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.
“Anak puan … Telah meninggal dunia.”
Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.
Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.
“Anak … Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini …”
Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.
Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.
Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, “Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini.”
“Ibu rindu kepadamu … Ibu rindu kepada nakalmu … Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?”
Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

**********

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.
Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman

Sunday, September 13, 2009

SelAmAt TinGgAL PENDeRItaAN

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan

Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Atas kesakitan
Yang telah kau berikan

Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan

Airmata menjadi permata
Kebencian menjadi dendam
Inilah hidup di dalam dunia
Bak sandiwara

Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas untuk segalanye
Yang kau berikan...
1 hri nnti kau akn rasa pe yg ak rsakan slma ni..
Tuhan itu maha adil...NauzubilLah

Thursday, September 10, 2009

Apakah erti semua ini....

Apakah erti
sebuah kehidupan
Kiranya hanya bersandarkan pada harapan
Berbekalkan seribuan kepiluan

Apakah erti
Sebuah kebebasan
Andaikan masih terkonkong perasaan
Terseksa minda dan fikiran

Apakah erti
Sebuah persahabatan
Kiranya masih tersimpan
Seribu rahsia

Apakah erti
Sebuah hati dan perasaan
Andaikan hanya terimpan dendam
Dan bukan jalan penyelesaian

BeRtApa tiNgGiNye ErTi SebUah PeRsahaBaTan

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
TetapiDalam kita bersendirian,kita beruntung kerana.
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..
Kita tidak tahu.
Tetapi.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik

Friday, September 4, 2009

CerItA "KwAN" dan " CIntA"



Suatu hari CINTA dan KAWAN berjalan-jalan beriringan dalam sebuah kampung.


Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.Kenapa? Kerana CINTA itu buta. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga. Kenapa? Kerana KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA.


Di dalam telaga CINTA hilang. Kenapa? Kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga. CINTA sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap.


Sedang KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu. Kenapa?


Kerana KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia kan? Biarpun dimaki, biarpun diherdik, biarpun dicaci.... ditinggalkan secara tiba-tiba hanya kerana KAWAN tidak memberikan apa yang CINTA inginkan darinya.


So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia benar-benar BERERTI.
Walau kita punya couple, punya ramai teman, punya ramai peminat ... tetapi KAWAN masih yang paling setia.


Walau kita punya harta yang banyak, punya rupa paras yang menawan, punya peminat yang beribu.... tetapi KAWAN masih yang paling berharga.


Tidak sependapat bukan bermakna tiada nilai persahabatan

Tidak beriringan bukan bermakna tiada erti persamaan

Tidak menyebelahi bukan bermakna tiada maksud persaudaraan

Kerana mungkin kita yang tidak mentafsirkan dengan hati yang terbuka dan ikhlas

Apakah kita sendiri yang terlalu mengikut kata hati.... emosi dan kelebihan diri.

Sehingga sanggup meninggalkan seorang KAWAN yang tetap setia disisi demi mengejar CINTA yang tak pasti.

Tuesday, September 1, 2009

TimE BoRiNg xtHu nk Wt Gpo..Hah3

salam... da lme misziela xedit blog ni...Mklum r xde msa nk bka blog..sebenarnye blog dalam proses ag. Ari 2 misziela nk tkr layout p cedey nye blog yg misziela hias sume hlng, gara2 nk tkr kt html 2 le..Kc da bgtw kt misziela yg duk gatal tangan nk tkr layout p misziela xdngr. tngok skrg da tmbh lak 1kijo nk kn wt balik blog ni..hu3. tesis pn xcia ag, bnyk ag nk kne wt. Tensen nye aso..tmbh lak ari2 asyik duk ingt kt umah jew.aduii..lg le tmbh cedey. P misziela xkisoh pn cz klu rindu, misziela tepon r kt uMah.HlnG ckIt rindu kt umah.. Mnggu ni misziela xberape cht sngt, asyik batuk n selsema jew. P da ok le ckit..NtAh le xthu le nape leh dtng pnyakit ni, biasa nye misziela susah ckit nk sakit..Ni kali ke2 misziela batuk n selsema. Ari 2 da Ok kit P batuk ni dtg balik..Myb cz misziela xdngr ckp dktr n ubt pn xmake..hak3 pdn nga muka.Ma misziela pn asyik tepon jew suruh make ubt. aduiii, tesennye nk kne make Ubt. da le phit.. sbnrnye, batuk misziela ni xle teruk sngt p d sebabkn loni KeCoh nGa h1n1 lg le ma misziela risau. mklum le Duk jauh dri dye msti le risau erk. ibu mne yg xsygkan ank kn..hahaha perasan le plok..kwang3. Ni sume abg misziela le yg punye psl, xpsl2 bgtw yg misziela ni demam, padahl btuk n selsema jew. Xle teruk sngt pn...Lwknye..Alhmdulilh le skrg ni da ok ckit..Cme penat ckit time lthn 2 jew le. Aso meme xlart sngt, p nsb baek leh thn ag wlaupn puasa..Yg soRe ni lAk xabis2 risAu kn MiszieLa. DyE kto risau Le cz kt Cni Xde yg nk jgA Misziela..NtAh le, Pelik Gt Le nga dyE 2.yG XtHnnye ari2 mesEj tnye kaba misziela. rimAs Nye Aso hidup Ble d KoNgkong cam Ne...hu3..Nk kto buah hti, meme JaUh sekli P nape AmBik BrT sangt??? Xsuke2..Hrp2 Sume nye Ok lPs Ni.. Aminnn...