BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Cherry ~ Blossom
Blog
Me
Taggboard
Past
Links
<$BlogDateHeaderDate$>
<$BlogItemTitle$> @ <$BlogItemDateTime$>

<$BlogItemBody$>
> <$BlogItemCommentCount$> Cherry

~AbOuT Me~...

Sunday, March 14, 2010

BilE cintA beRsuarA...@_@

adakah cinta itu buta???
kamu hanya tahu menyebut cinta itu buta....setiap kesalahan yang kamu lakukan pasti kamu akn salahkan cinta bukan...
tp kau myb tidak menyedari yg cinta juga seolah2 mempunyai perasaan...dan jika ALLAH yang maha kuasa itu membenarkan cinta bertukar menjadi seorg manusia n pastinya cinta akn meluahkan perasaan yg d pendamnya slama ini..
cinta ada dlm setiap diri manusia..
cinta akn turut menangis d saat sekeping aty yg d lukai n
cinta turut merasai gembira d saat seorg kekasih tersenyum ketika membuka pemberian dari kekasihnya..
cinta juga akn turut merasa pedih d saat menerima berita yg tdk d sngka2 dri kekasihnya...
cinta juga akn mengucpkan syukur apabila perasan cinta 2 insan d bls...
mlh..cinta juga turut akn merasa pedih apabila kekasihnya meminta untuk memutuskan perhubungan yg sekian lme terjalin...
CINTA SEBENARNYE TIDAK PERNAH BUTA!!!!!
sesungguhnya cinta itu dapat melihat apa yg dilakukn olh psngan kekasih
n sesungghnya,cinta akn turut menangis d saat kita menangis..
n cinta juga ak turut ketawa d saat kite d selubungi bhgia..
slm syg tuk semua...

Sunday, January 17, 2010

cIntA seJatI,,;)

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”

CiNtai KekuRaNgAn pAsAngaN kiTa...

Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang disayangi tetapi juga rakan-rakan,teman-teman dan orang di sekeliling kita.

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Saya akan mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf, apakah saya harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab suaminya.

Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu". Dengan suara perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya ... bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis ...

p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?.. Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu diperbaiki... wallahualam
...SekadAr renunGAn bersama..petikan drpa (bicararomantis.blogspot)