BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Cherry ~ Blossom
Blog
Me
Taggboard
Past
Links
<$BlogDateHeaderDate$>
<$BlogItemTitle$> @ <$BlogItemDateTime$>

<$BlogItemBody$>
> <$BlogItemCommentCount$> Cherry

~AbOuT Me~...

Saturday, August 1, 2009

~ pEnCemArAn BahAsa~


Adakah bahasa juga mengalami pencemaran. Jom kte selidik dan kaji adakah bahasa juga boleh tercemar...Bahasa merupakan maruah bangsa dan negara. andai rosak bahasa maka rosaklah negara dan bangsa. Bahasa merupakan salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri dimana tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas maknanya.. Namun jika dilihat pada hari ini terutamanya dalam perbualan sehari-hari kite sering kali banyak kita menggunakan dialek dari bahasa ibunda kita sendiri.. Adakah ini salah satu daripada pencemaran bahasa?? Sebelum ini apa kata kita mencari dulu makna pencemaran bahasa yang sebenarnya. Menurut Awang Sariyan, konsep pencemaran bahasa ini sebenarnya bergantung pegangan pihak masing-masing. Ada sesetengah pihak menakrifkan pencemaran bahasa ini sebagai pengambilan kata-kata asing . Menurut Awang sariyan lagi di dalam bukunya iaitu "Isu-isu Bahasa Melayu", pencemaran bahasa boleh dianggap berlaku apabila adanya kecelaruan dalam penggunaan sintaksis tanpa mengabaikan aspek fonologi dan morfologi. Banyak pihak yang sering mengabaikan aspek- aspek ini dalam penggunaan bahasa Melayu, contoh yang jelas dapat dilihat dalam bidang pengiklanan.

Kementerian Pelajaran memberi jaminan kedaulatan bahasa Melayu akan terus dipertahankan menerusi kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai agensi yang berperanan bagi mencapai matlamat tersebut.Timbalan Menterinya, Datuk Mahadzir Mohd. Khir berkata, ini adalah berkaitan usaha melakukan pemantauan yang berterusan kepada aspek kesalahan tata bahasa dan istilah. Kesalahan penggunaan bahasa itu antaranya kerap didapati berlaku pada papan iklan, papan tunjuk arah dan pelabelan. Sesungguhnya Bahasa itu adalah satu komponen yang memberikan identiti bukan hanya kepada bangsa tetapi kepada negara. Bahasa Melayu perlu diberi nyawa dan nafas dan disuntik dengan nilai dan harga. Renung-renungkanlah bersama!!!


0 comments: